Persaraan Tuan Abd Raub b. Nordin

Persaraan Tuan Abd Raub b. Nordin

Thursday, June 21, 2012

SELAMAT NAIK PANGKAT DAN BERTUKAR PK HEM DAN PK KOKU SK TALANG

Tahniah kepada PK HEM, En. Zulkefley b. Hj. Baharudin yang dilantik ke PK Kurukulum di SK Batu Kikir dan selamat bertukar untuk bertugas di tempat baru. Tahniah juga kepada PK Koku, Tn. Hj. Mohd Sulan b. Aziz yang dilantik sebagai PK HEM di sekolah yang sama. Semoga lebih bersemangat dan beriltizam dengan tugasan baru ini.

SELAMAT DATANG GB & PK KOKU BARU

Warga SK Talang mengalu-alukan kedatangan bertugas Guru Besar, Pn. Siti Rokiah bt. Hj. Daud dari SK Tanjong Agas dan PK Koku, En. Abdul Ghani b. Mohd Hashim dari SK Tunku Kurshiah mulai 16 Jun 2012. Semoga dapat memberi suntikan inspirasi bagi membina dan meningkatkan kecemerlangan SK Talang.

Thursday, April 12, 2012

Monday, April 2, 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TALANG KE 38

Mesyuarat Agung PIBG SK Talang ke 38 telah selamat diadakan pada 30/03/2012 (Jumaat) jam 3.00 petang di Dewan SK Talang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Hasan b. Malek, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah. Turut hadir Pegawai Angkat PPDKP.
Tahun ini tiada pemilihan dibuat kerana dalam mesyuarat agung lepas ahli-ahli telah bersetuju untuk mengadakan pemilihan 2 tahun sekali.