Persaraan Tuan Abd Raub b. Nordin

Persaraan Tuan Abd Raub b. Nordin

Saturday, July 31, 2010

KEM SOLAT BESTARI

J-qaf Sekolah Kebangsaan Talang telah mengadakan kem solat bestari untuk murid-murid tahap satu, pada hari ini di sekolah. Semua murid beragama Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 3 diwajibkan hadir untuk program tersebut. Ianya bermula dari jam 8.00 pagi hingga tengahari.

BENGKEL UPSR TAHUN 6

Sekolah telah mengadakan bengkel UPSR untuk murid tahun 6 di sebelah petang mulai 27 Julai hingga 29 Julai. Penceramah luar dijemput bagi memberi kelainan dan input berbeza. Ianya diadakan di makmal komputer sekolah. Seramai 19 orang murid tahun 6 terlibat dan 12 orang murid tahun 5 juga dijemput menyertai program tersebut.

KEM MOTIVASI UPSR UNTUK MURID ORANG ASLI

Pada 26 Julai 2010 yang lalu seramai 8 orang murid asli daripada 11 orang tahun 6 telah ke Rembau mengikuti Kem Motivasi UPSR peringkat negeri anjuran JPNS dan JHEOA N. Sembilan Melaka. Ianya diadakan selama 3 hari. Murid-murid yang hadir telah berjaya menyempurnakan kem motivasi tersebut dengan jayanya. Pengangkutan disediakan oleh JHEOA Kuala Pilah.

Monday, July 26, 2010

HARI TERBUKA - TIGA PENJURU SEKOLAH

Hari ini 26 Julai 2010, bermula jam 10.45 pagi diadakan perjumpaan ibubapa/penjaga dan murid bersama guru-guru dari tahun 1 hingga tahun 6 di dewan SK Talang. Progam ini yang juga dikenali sebagai Tiga Penjuru adalah bertujuan mengeratkan silaturrahim bagi berbincang pelbagai permasalahan yang menjurus kepada pencapaian akademik murid-murid. Nampaknya sambutan ibubapa/penjaga kali ini amat positif dan memberangsangkan kehadirannya dengan suasana yang harmoni lagi penuh kesabaran menanti giliran.

Tuesday, July 6, 2010

CANANG 2 BERMULA HARI INI

Seramai 31 orang murid tahun 6 mula menduduki peperiksaan Canang 2 hari ini. Semoga konsentrasi murid-murid tidak terganggu dengan projek pembangunan sekolah yang sedang rancak memasang cabel elekrik TNB untuk ke bangun baru.

PEMERIKSAAN PERGIGIAN MURID SEKOLAH

Pada 01 Julai 2010, rombongan jururawat kesihatan bahagian pergigian telah memulakan programnya di sekolah. Pemeriksaan pergigian akan berlangsung selama satu minggu atau lebih bergantung kepada respon murid dan juga kelapangan jururawat-jururawat. Semua persiapan dari pihak sekolah telah diadakan untuk program ini. Semoga ianya berjalan dengan lancar.

PEMANTAUAN KELOMPOK JPNS

Pada 28 Jun 2010 lalu, rombongan pegawai-pegawai JPNS seramai 8 orang yang di ketuai oleh Pn Hjh Kalsom telah membuat pemantauan menyeluruh pengurusan sekolah. Beberapa perkara perlu dimurnikan lagi demi meningkatkan prestasi. Perbincangan yang mesra lagi profesional telah membuka minda seluruh warga pendidik untuk ambil tindakan sepatutnya.

Sunday, May 9, 2010

Motivasi Murid Bersama Ibubapa Penjaga






Pada 8 Mei 2010 (Sabtu), JK Bimbingan & Kaunseling SK Talang telah mengadakan Program Motivasi Murid Bersama Ibubapa/Penjaga bagi murid-murid tahap 2 di Dewan SK Talang bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Alhamdullilah ramai ibubapa/penjaga berkempatan hadir dan duduk bersama anak masing-masing untuk mendengar dan berkongsi pengalaman dengan penceramah. Penceramahnya adalah seorang pakar motivasi yang tak asing di N. Sembilan ia itu Ustazah Nik Norsaha bt. Hj. Muhammad dari SMK Tunku Syed Idrus, Tampin. Penyampaian yang amat berkesan sehingga ibubapa dan murid tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing untuk memberi fokus serta interaksi. Semoga program ini memberi menafaat kepada mereka yang hadir demi kecemerlangan diri dan keluarga.

Senaman Tarian 1 Malaysia & Gotong Royong


Pada 24 April 2010 lalu, sekolah telah mendapat kebenaran mengadakan persekolahan ganti untuk perayaan Aidil Fitri nanti. Aktiviti yang dilaksanakan adalah Senaman Tarian Cuti-Cuti 1 Malaysia dan juga gotong royong. Senaman yang dipimpin oleh sekumpulan masyarakat Kg. Talang dimulakan pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Rehat setengah jam kemudian diteruskan dengan aktiviti gotong royong sehingga 1.00 petang.

Thursday, April 22, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TALANG KALI KE 36

Pada 23 Mac 2010 yang lalu, SK Talang telah pun menunaikan tanggungjawab mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 36 sebelum tempoh penghujung Mac. YB. Dato' Abd Samad b. Ibrahim, ADUN Seri Menanti yang sepatutnya menyempurnakan perasmian majlis tersebut terpaksa mewakilkannya kepada SetPolnya kerana ada urusan lebih penting perlu dihadirinya. Saya tidak dapat hadir pada majlis perasmian kerana menghadiri mesyuarat Majlis Penyampaian Bantuan KWAPM di SK Yam Tuan Hitam, Terachi pada waktu yang sama. Namun alhamdullilah sempat juga menyertai sesi mesyuarat agung. Semuanya berjalan lancar dan baik. Tapi SK Talang kehilangan YDP lama, En. Mustafal Bakri b. Mohammad Yusof yang telah menerajui PIBG beberapa penggal dan banyak sumbangan telah dicurahkan demi kemajuan SK Talang, menarik diri dari dicalonkan semula kerana komitmennya sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Jempol semakin banyak. Saya mewakili warga SK Talang ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas sumbangan beliau selama ini dan berharap jika balik ke Kg. Talang, sudi-sudilah singgah SK Talang.

SENARAI AJK PIBG SK TALANG SESI 2010/2011.

Penasihat : Pn. Ruslah bt Mohd Yusof
YDP : En. Ahmad Liza
NYDP : En. Zainal Abidin b. Nordin
S/Usaha : En. Mohd Nasir b. Hassim
Bendahari : Pn. Zurina bt. Maxtar

AJK Guru:
1. En. Zulkepli b. Abu Najar
2. Pn. Norsilah bt. Jamin
3. En. Sahrizam b. Mainudin
4. Pn. Zakyrah bt. Zulkeply
5. Pn. Rozyla bt. Nordin

AJK Ibu Bapa
6. En. Lokman
7. En. Abu
8. Pn. Asmah
9. Pn. Rusmah
10. Pn. Mashita

Pemeriksa Kira-Kira
1. En. Kamaruzaman
2. Pn. Sarimah

Sunday, March 7, 2010

SELAMAT BERSARA USTAZAH HAJJAH HABSAH

Majlis Persaraan Ustazah Hajjah Habsah binti Hj. Muhiddin telah diadakan pada hari Khamis, 04 Mac 2010 lalu bermula jam 11.00 pagi. Acara ini sungguh meriah sekali kerana semua warga SK Talang terlibat dan berkumpul di dewan. PIBG yang diwakili oleh YDPnya En. Mustafa Bakri turut hadir. Pelbagai acara diadakan sehingga ke kemuncaknya diarak dengan bunga manggar dan kompang sehingga ke pintu pagar sekolah. Sambil berarak Ustazah Habsah bersalaman dengan murid-murid dan menghulurkan sumbangan duit serta bungkusan jajan kepada mereka dan diakhiri bersalaman dengan guru-guru wanita, kakitangan sekolah dan beberapa kaum ibu yang turut menunggu di pintu masuk sekolah. Suasana amat meriah namun kesedihan masih terpancar di wajah-wajah mereka sehinggakan ada yang tak dapat menahan mengalirkan air mata. Sesungguhnya pengorbanan mu tiada nilainya, hanya doa dan ucapan terima kasih yang dapat kami ungkapkan di atas sumbanganmu selama di SK Talang. Selamat Bersara dan kenang kami dalam doamu.

Monday, March 1, 2010

Hari Keluarga SK Talang

Pada 27 dan 28 Februari lalu, kami telah mengadakan Hari Keluarga SK Talang di Institut Latihan FAMA Port Dickson. Hampir semua warga SK Talang dapat hadir dan pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan suasana antaranya sukanika dari peringkat anak kecil setahun hingga ke ibubapa, jamuan makan malam, tayangan gambar, mandi manda di kolam renang dan permainan bola air. Perjumpaan dan aktiviti ini amat baik bagi mengeratkan silatulrahim antara keluarga. Semuanya nampak gembira dan terhibur walaupun keletihan. Syabas diucapkan kepada Badan Kebajikan Guru dan Pekerja SK Talang. Semoga Hari Keluarga ini akan berterusan di tahun-tahun mendatang.
Juga meraikan Ustazah Hjh Habsah bt. Hj. Muhiddin yang akan bersara pada 5 Mac 2010. SELAMAT BERSARA KENANGAN BERSAMA SENTIASA DALAM INGATAN KAMI.

Sunday, February 14, 2010

M. Nasir, Selamat Bertunang

Syabas dan tahniah untuk mu Cikgu M. Nasir kerana dah jejakkan kaki sebelah ( betunang pada Ahad 14 Februari 2010 ) untuk menamatkan zaman bujang. Bagi pihak keluarga SK Talang, mendoakan agar sukses ke station seterusnya hingga bercucu dan bercicit. Ketika ini darah manis banyak cabaran dan dugaan, nasihat saya selalulah bersabar dan berdoa semoga trek yang dilalui tiada halangan mahu pun rintangan. Bolehlah minta nasihat atau pandangan dari abang-abang dan kakak-kakak yang ada di sekolah, insyallah kami akan cuba membantu. Ok, sekali lagi tahniah!

Saturday, February 13, 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA


Kepada kakak ipar sekeluarga, rakan-rakan dan rakyat Malaysia yang meraikan perayaan ini, diucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina semoga tahun ini memberi kegembiraan dan kebahagiaan serta kesejahteraan selalu.

Wednesday, February 3, 2010

KELUARGA SK TALANG SELAMAT MELAYARI BLOG INI

Blog ini baru saja dibina pada 3 Februari 2010 dengan tujuan memberi maklumat dan sumber terkini demi dimenafaatkan oleh khasnya keluarga SK Talang dan amnya kepada yang berminat memberikan pandangan yang berfaedah untuk semua, insyaallah.