Persaraan Tuan Abd Raub b. Nordin

Persaraan Tuan Abd Raub b. Nordin

Saturday, July 31, 2010

KEM SOLAT BESTARI

J-qaf Sekolah Kebangsaan Talang telah mengadakan kem solat bestari untuk murid-murid tahap satu, pada hari ini di sekolah. Semua murid beragama Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 3 diwajibkan hadir untuk program tersebut. Ianya bermula dari jam 8.00 pagi hingga tengahari.

BENGKEL UPSR TAHUN 6

Sekolah telah mengadakan bengkel UPSR untuk murid tahun 6 di sebelah petang mulai 27 Julai hingga 29 Julai. Penceramah luar dijemput bagi memberi kelainan dan input berbeza. Ianya diadakan di makmal komputer sekolah. Seramai 19 orang murid tahun 6 terlibat dan 12 orang murid tahun 5 juga dijemput menyertai program tersebut.

KEM MOTIVASI UPSR UNTUK MURID ORANG ASLI

Pada 26 Julai 2010 yang lalu seramai 8 orang murid asli daripada 11 orang tahun 6 telah ke Rembau mengikuti Kem Motivasi UPSR peringkat negeri anjuran JPNS dan JHEOA N. Sembilan Melaka. Ianya diadakan selama 3 hari. Murid-murid yang hadir telah berjaya menyempurnakan kem motivasi tersebut dengan jayanya. Pengangkutan disediakan oleh JHEOA Kuala Pilah.

Monday, July 26, 2010

HARI TERBUKA - TIGA PENJURU SEKOLAH

Hari ini 26 Julai 2010, bermula jam 10.45 pagi diadakan perjumpaan ibubapa/penjaga dan murid bersama guru-guru dari tahun 1 hingga tahun 6 di dewan SK Talang. Progam ini yang juga dikenali sebagai Tiga Penjuru adalah bertujuan mengeratkan silaturrahim bagi berbincang pelbagai permasalahan yang menjurus kepada pencapaian akademik murid-murid. Nampaknya sambutan ibubapa/penjaga kali ini amat positif dan memberangsangkan kehadirannya dengan suasana yang harmoni lagi penuh kesabaran menanti giliran.

Tuesday, July 6, 2010

CANANG 2 BERMULA HARI INI

Seramai 31 orang murid tahun 6 mula menduduki peperiksaan Canang 2 hari ini. Semoga konsentrasi murid-murid tidak terganggu dengan projek pembangunan sekolah yang sedang rancak memasang cabel elekrik TNB untuk ke bangun baru.

PEMERIKSAAN PERGIGIAN MURID SEKOLAH

Pada 01 Julai 2010, rombongan jururawat kesihatan bahagian pergigian telah memulakan programnya di sekolah. Pemeriksaan pergigian akan berlangsung selama satu minggu atau lebih bergantung kepada respon murid dan juga kelapangan jururawat-jururawat. Semua persiapan dari pihak sekolah telah diadakan untuk program ini. Semoga ianya berjalan dengan lancar.

PEMANTAUAN KELOMPOK JPNS

Pada 28 Jun 2010 lalu, rombongan pegawai-pegawai JPNS seramai 8 orang yang di ketuai oleh Pn Hjh Kalsom telah membuat pemantauan menyeluruh pengurusan sekolah. Beberapa perkara perlu dimurnikan lagi demi meningkatkan prestasi. Perbincangan yang mesra lagi profesional telah membuka minda seluruh warga pendidik untuk ambil tindakan sepatutnya.