Persaraan Tuan Abd Raub b. Nordin

Persaraan Tuan Abd Raub b. Nordin

Sunday, October 9, 2011

SELAMAT DATANG GURU BESAR BARU EN. ABD RAUB BIN NORDIN

Warga SK Talang mengalu-alukan kedatangan Guru Besar En. Abd Rauf Bin Nordin dari SK Bkt. Rokan Barat, untuk berkhidmat di sini pula. Semoga kehadiran beliau di sini akan membuka lembaran sejarah baru buat SK Talang untuk lebih cemerlang dan gemilang. Ramai warga SK Talang mahu pun komuniti setempat telah pun mengenali beliau sebelum ini ketika beliau bertugas di PPD Kuala Pilah. Dedikasi dan fikiran terbuka yang positif sentiasa membantu sekolah-sekolah di daerah ini dengan penuh mesra..Selamat Datang dan Selamat Bertugas Tuan Guru Besar.

SELAMAT BERPISAH DAN BERTUGAS DI SK YAMTUAN ANTAH PN. RUSLAH BT MOHD YUSOF

Dengan rasa kasih dan sedih warga SK Talang terpaksa merelakan Pn. Ruslah bt Mohd Yusof, Guru Besar SK Talang yang berpindah dan bertugas di tempat baru iaitu di SK Yamtuan Antah. Hampir 9 tahun bersama banyak asam garam dilalui bersama dalam membangunkan anak-anak didik dan sekolah. Hanya ungkapan TERIMA KASIH dapat dinyatakan di atas segala tunjukajar, bantuan, teguran dan yang paling penting layanan mesra serta kasih sayang dalam memupuk dan membina semangat kerjasama bagi memastikan organisasi SK Talang tetap utuh di persada pendidikan. Kami doakan semoga puan lebih berjaya dan cemerlang di tempat baru.....TERIMA KASIH!..

Wednesday, August 3, 2011

Sunday, July 31, 2011

SELAMAT BERPUASA

Bulan yang penuh rahmat telah kembali. Alhamdullillah kita diberi kesempatan sekali lagi dapat menunaikan puasa di bulan Ramadhan Al Mubarak pada Isnin 1hb Ogos 2011. Sama-samalah kita menunaikan tanggungjawab dan menghayatinya serta mengambil kesempatan untuk menambah ibadat pahala. Walaupun kita menghadapi tugas dan pembelajaran biarlah ianya menjadi kekuatan kita untuk lebih bertaqwa dan meningkatkan usaha. Janganlah ianya menjadi alasan untuk kita mengurangkan tanggungjawab kita terhadap tugas yang diamanahkan.
Kepada anak didik semua teruskan usaha pembelajaran lebih-lebih lagi yang akan menghadapi peperiksaan UPSR bulan September nanti.
Bagi warga kerja teruskan menabur bakti agar mendapat bergandanya pahala.
Saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua warga SK Talang, AJK PIBG dan ibupada/penjaga serta tidak ketinggalan seluruh komuniti yang beragama islam dalam lingkungan sekolah ini.

Friday, February 4, 2011

SELAMAT KEMBALI & DATANG KEPADA MURID-MURID LAMA & BARU

Semoga semuanya sihat-sihat dan gembira tahun ini. Tentu bertambah semangat dan seronok kerana dapat menduduki kelas baru dan menggunakan kemudahan yang selesa di bangunan baru. Ceria dalam pembelajaran dan seterusnya bersungguh-sungguh mengejar impian diri sendiri dan ibubapa dengan memberi tumpuan dalam pembelajaran serta melibatkan diri dengan setiap program yang dirancang oleh pihak sekolah ke arah lebih cemerlang. Kami warga pendidik sentiasa akan berusaha dan membantu yang terbaik untuk kamu. SELAMAT BELAJAR!