Persaraan Tuan Abd Raub b. Nordin

Persaraan Tuan Abd Raub b. Nordin

PERANCANGAN

AKTIVITI-AKTIVITI HAL EHWAL MURID  


  1. Pendaftaran dan Orientasi Tahun 1 dan Pra Sekolah
Pendaftaran dan orentasi tahun 1 dan Prasekolah ini dijalankan sehari sebelum sesi persekolahan awal tahun bermula. Murid-murid Tahun 1 diberikan pendedahan awal tentang kelas dan kawasan persekitaran sekolah bagi membiasakan mereka dengan suasana persekolahan yang baru.

  1. Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan ciri-ciri kepimpinan dan motivasi kepada pengawas, ketua dan penolong ketua kelas. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan ciri-ciri dan nilai kepimpinan dalam kalangan mereka bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik seperti yang diamanahkan.

  1. Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Sekolah juga menjalankan perlantikan pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah pada awal tahun sesi persekolahan pada setiap tahun. Perlantikan ini bagi memberikan perlantikan secara rasmi murid-murid yang telah dipilih menjawat jawatan-jawatan tersebut.

  1. Sambutan Hari Guru
Sambutan diadakan pada 16 Mei setiap tahun yang bertujuan memberi penghargaan kepada guru-guru selain memberi peluang kepada murid-murid mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar mereka.

  1. Latihan Kebakaran
Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun, iaitu sekali pada penggal pertama dan sekali pada penggal kedua. Pihak sekolah juga memanggil Jabatan Bomba berhampiran untuk memberikan ceramah keselamatan dan teknik-teknik memadam api dengan betul.

  1. Sambutan Bulan Kemerdekaan
Pihak sekolah menjalankan aktiviti sambutan bulan kemerdekaan bermula pada 19 Ogos hingga 19 September setiap tahun. Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang sambutan dijalankan seperti perasmian pengibaran Jalur Gemilang, Sambutan 31 Ogos, Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan. Selain itu, acara-acara lain yang turut dijalankan adalah seperti nyanyian lagu patriotik, pertandingan hiasan kelas bertemakan kemerdekaan, pertandingan melukis poster dan pelbagai lagi.
  
  1. Sambutan Hari Kanak-Kanak
Pada setiap tahun, pihak sekolah menyambut hari kanak-kanak dan hari kokurikulum dengan bergabung bersama unit kokurikulum. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti sukaneka, sukan, persembahan dan pelbagai lagi.

  1. RMT & PSS
Seramai 59 orang murid dari sekolah ini telah mendapat RMT. Murid-murid tersebut diberikan makanan pada awal pagi sebelum sesi persekolahan bermula.

  1. Program Imunisasi Murid Tahun 1 dan 6
Program Iminusasi Murid Tahun 1 diberi pada awal tahun dan untuk murid Tahun 6 pada pertengahan Tahun. Kedua-dua Imunisasi ini diberi oleh klinik kesihatan yang berhampiran iaitu Klinik Kesihatan Terachi, Tg. Ipoh.
  
  1. Rawatan Pergigian
Rawatan pergigian diberikan juga oleh klinik kesihatan berhampiran dan pihak sekolah telah menyediakan satu bilik khas untuk doktor berkenaan memberikan rawatannya. Rawatan ini diberikan sekali sepanjang tahun.
  
  1. Pendaftaran Murid Tahun 6 ke Tingkatan 1
Pihak sekolah juga membuat persediaan dan pendaftaran untuk murid-murid Tahun 6 ke Tingkatan 1. Biasanya borang-borang yang berkenaan akan mula diisikan selepas peperiksaan UPSR. Selain itu, pihak sekolah juga membantu murid-murid yang layak dan ingin memohon ke sekolah berasrama penuh.
  
  1. Pertandingan Kebersihan Kelas
Pertandingan kebersihan kelas dijalankan sepanjang tahun. Kebersihan dinilai oleh pihak pentadbir dan kelas yang terbaik diberikan satu piala pusingan.
  
  1. Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah
Pihak sekolah sering menjalankan gotong-royong perdana peringkat sekolah dengan kerjasama MDKP, Majlis Perwakilan Penduduk, dan pelbagai pihak lagi bagi memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih.
  
  1. Bantuan Kebajikan Murid
Pihak sekolah juga mendapat bantuan sumbangan daripada pihak luar seperti PIBG, Kedai Buku Sekolah, Dominos dan pelbagai lagi dalam membantu murid-murid yang kurang berkemampuan. Bantuan-bantuan yang diberi seperti pembelian alat tulis dan peralatan sekolah, kasut, baju dan pelbagai lagi.
  
  1. Program Maju Diri
Program Maju Diri dijalankan pada minggu kedua sesi persekolahan bermula. Murid-murid yang terlibat adalah di dalam kalangan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Pelbagai aktiviti berbentuk motivasi dan ilmiah diberikan kepada murid-murid tersebut.
  
  1. Sesi Kaunseling
Sekolah hanya mempunyai dua orang guru bimbingan. Guru bimbingan tersebut akan menjalankan program kaunseling bagi membantu murid-murid terutama murid-murid yang bermasalah. Selain secara berkelompok, sesi kaunseling individu juga dijalankan.
  
  1. Pelancaran Program-program Semasa oleh Kerajaan
Pelbagai aktiviti atau program telah dan akan dijalankan oleh kerajaan sepanjang tahun. Oleh itu, pihak sekolah sering menyambut baik program yang dijalankan. Antara program-program yang turut dijayakan oleh pihak sekolah Kempen Berbudi Bahasa, Kempen Terima Kasih, Jauhi Denggi, Sayangi Sungai Kita, Cintai Malaysia dan pelbagai lagi.
  
  1. Program RIMUP
Program integrasi kaum ini turut dijayakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah telah bekerjasama dengan sekolah-sekolah sekitar dalam pelbagai aktiviti bagi mengeratkan lagi hubungan antara kaum-kaum di Malaysia.
  
  1. Program Ceramah Keselamatan Bersama Polis dan Bomba
Pihak sekolah sentiasa menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak polis dan bomba bagi menjamin keselamatan murid-murid sekolah terjaga. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah keselamatan, demotrasi memadam api dan pameran-pameran dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang keselamatan diri masing-masing.

  1. Program bersama Klinik Kesihatan Daerah
Program ini dijalankan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah kesihatan, bantuan kecemasan dan pelbagai lagi dijalankan bagi memastikan murid-murid tahu cara menjaga kesihatan agar sentiasa sihat.


AKTIVITI-AKTIVITI BULANAN HAL EHWAL MURID 2012

BIL
BULAN
AKTIVITI
TINDAKAN

1

03 JAN
Pendaftaran dan Hari Orientasi Tahun 1 dan Pra Sekolah

Guru Pra
Penyelaras Tahun 1
Guru Tahun 1
2
JAN
APRIL
SMM dan DATA
Guru Data 
Guru SMM
3
FEBUARI
Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah

B & Kaunseling
Pengawas
Displin
4

FEBUARI
Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah

Pengawas &
Displin
5
JAN –
NOV
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
RMT
6
MAC
Program Imunisasi Murid Tahun 1 dan 6

Kesihatan
7
MAC DAN SEPT
Rawatan Pergigian

Kesihatan
8
SETIAP BULAN
Pertandingan Kebersihan Kelas

Kebersihan
Keceriaan
9
APRIL
Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah

Kebersihan
Keceriaan
Keselamatan
10
FEB
OGOS
Bantuan Kebajikan Murid

Kebajikan
11
MEI
Program Maju Diri

B & Kaunseling
12
MEI
Sambutan Hari Guru

Badan Kebajikan Guru
13
MEI
Latihan Kebakaran

Keselamatan
14
MAC
JULAI
Sesi Kaunseling

B & Kaunseling
15
JUN
Program bersama Klinik Kesihatan Daerah

Kesihatan
16
JULAI
Program Ceramah Keselamatan Bersama Polis

Keselamatan
17
15 OGOS – 15 SEPT
Sambutan Bulan Kemerdekaan

PK HEM & AJK
18
SEPT
Pendaftaran Murid Tahun 6 ke Tingkatan 1

Pendaftaran
19
SEPT
Program RIMUP

RIMUP
20
OKTOBER
Sambutan Hari Kanak-Kanak

PK HEM & AJK