Persaraan Tuan Abd Raub b. Nordin

Persaraan Tuan Abd Raub b. Nordin

Sunday, February 12, 2012

SENARAI UNIT-UNIT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID 2012 DAN BIDANG TUGAS

JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID
PENGERUSI               : EN. ABD RAUB B. NORDIN             - G. BESAR
TIMB. PENGERUSI     : EN. ZULKEFLEY B. BAHARUDIN    - PK HEM
NAIB. PENGERUSI     : PN. NORSILA BT. HJ.MD YASIN      - PK Kurikulum
NAIB. PENGERUSI     : TN. HJ. MOHD SULAN B. AZIZ         - PK KoKu
SETIAUSAHA              : PN. ZAKYRAH BT. ZULKEPLY

A.J.K. KETUA-KETUA UNIT:
 EN. NORMAN B. HASSIM                              - Displin
 CIK MASLINDA BT. BAHARUDIN                  - SPBT
 PN. ZAKYRAH BT. ZULKEPLY                      - B&K
 PN. ZURINA BT. MAXTAR                             - Kantin
 PN. HJH SITI  BT. BULAT                              - Bantuan & Kebajikan
 PN. SAONAH BT. MOHD YUNOS                 - Kesihatan
 EN. MOHD NASIR B. HASSIM                       - Keselamatan
 PN. NORSILAH BT. JAMIN                            - RMT & PSS
 PN. ROZYLA BT NORDIN                             - Rimup & Pendaftaran
 EN. SAHRIZAM B. MAINUDIN                        - Keceriaan & Kebersihan
 EN. KAMARULZAMAN B. ABD LATIF            - 3K
 EN. MOHD FAIZAL B. ABU BAKAR               - SMM & BMM
 EN. ZULKAPLI B. ABU NAJAR                      - Bina Insan


Tugas dan Tanggungjawab:
§         Mengenalpasti potensi pelajar dan memupuknya hingga ke tahap cemerlang.
§         Memberikan khidmat bantuan kepada pelajar yang bermasalah.
§         Mengurus hal-hal berkaitan kebajikan murid.
§         Mengelolakan program latihan kepemimpinan dan organisasi pelajar.
§         Mengendalikan program orientasi murid.
§         Mengatur dan mengelola aktiviti untuk mencapai kecemerlangan murid dan sekolah.
§         Mengurus perkembangan disiplin dan sahsiah murid yang cemerlang.


JAWATANKUASA DISIPLIN
Pengerusi        : EN. ABD RAUB B. NORDIN             - G. BESAR
N. Pengerusi   : EN. ZULKEFLEY B. BAHARUDIN    - PK HEM
Setiausaha      : EN. NORMAN B. HASSIM
AJK                  : PN. ZAKYRAH BT. ZULKEPLY
                        : EN. ZULKAPLI B. ABU NAJAR
                        : PN. ROZYLA BT NORDIN
: Semua Guru Kelas

Tugas dan Tanggungjawab:
§         Meningkatkan tahap disiplin sekolah dengan memberi idea dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan sekolah.
§         Membincangkan kes-kes disiplin yang berat sebelum keputusan muktamad diambil ke atas murid yang terbabit.
§         Membincangkan masalah kebajikan murid terbabit bertujuan mencari jalan memperbaiki kelakuan negatif murid berkenaan.
§         Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari guru, ibu bapa serta murid mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.
§         Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah.
§         Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.
§         Meningkatkan mutu disiplin di kalangan murid dengan menguatkuasakan peraturan sekolah.
§         Merancang dan melaksanakan program / aktiviti yang bertujuan meningkatkan tahap disiplin murid.
§         Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin murid.
§         Membantu menyelesaikan masalah ketidakakuran disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas.  
§         Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk mengurus kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah.
§         Mewujudkan sistem rekod disiplin dan sistem pemantauan yang berkesan.
§         Menerima laporan pengawas / guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.
§         Menentukan bahawa tindakan diambil terhadap murid-murid yang melanggar peraturan sekolah. Jika perlu kes-kes tertentu mestilah dibawa kepada tindakan Lembaga Disiplin, kaunselor atau terus kepada Guru Besar.
§         Mengurus surat mesyuarat yang bersangkutan dengan tugas-tugas di atas termasuk memaklumkan kepada penjaga tentang tindakan disiplin yang dikenakan terhadap anak mereka.
§         Menjalankan rondaan (dengan bantuan guru bertugas harian) untuk mengesan murid yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah.
§         Mencatat semua kes didiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin / buku kaporan disiplin.
§         Menyediakan dan membekalkan data serta maklumat disiplin kepada kementerian pelajaran/jabatan pelajaran/ PPD.
§         Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang difikirkan perlu seperti hari terakhir peperiksaan awam, sukan dan majlis-majlis sekolah yang lain.
§         Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.
§         Menyediakan laporan tahunan.
§         Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan PK HEM dari semasa ke semasa.


JAWATANKUASA PROGRAM 3K (KECERIAAN KESIHATAN & KESELAMATAN)

Pengerusi        : EN. ABD RAUB B. NORDIN             - G. BESAR
N/Pengerusi    : EN. ZULKEFLEY B. BAHARUDIN    - PK HEM
Setiausaha      : EN. KAMARULZAMAN B. ABD LATIF
AJK                  : PN. NORSILA BT. HJ.MD YASIN
                        : TN. HJ.MOHD SULAN B. AZIZ
                        : EN. SAHRIZAM B. MAINUDIN
                        : PN. SAONAH BT. MOHD YUNOS
                        : EN. MOHD NASIR B. HASSIM
                        : PN. NORSILAH BT. JAMIN
                        : PN. ZURINA BT. MAXTAR
                        : PN. ZAKYRAH BT. ZULKEPLY
                        :Wakil Klinik Kesihatan   
                        :Wakil Klinik Pergigian 
                        :Wakil PIBG 

Tugas dan Tanggungjawab:
Bidang Kebersihan
§         Bertanggungjawab merancang pelan tindakan pengurusan kebersihan sekolah.
§         Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan kebersihan murid.
§         Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan serta penilaian kebersihan murid dan sekolah.
§         Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program kebersihan.
§         Menyedia dan membuat laporan berkala.

Bidang Kesihatan
§         Bertanggungjawab merancang pelan tindakan program pembangunan kesihatan murid.
§         Melaksanakan dasar kesihatan yang berkaitan dengan pengurusan kesihatan murid di sekolah.
§         Membuat pemantauan pelaksanaan pendidikan kesihatan murid dan program kesihatan sekolah.
§         Menyediakan pelan kontingensi kebersihan untuk menengani kes-kes seperti jerebu, keracunan makanan, jangkitan kudis buta dan lain-lain.
§         Mewujudkan pasukan petugas khas menghadapi krisis jika perlu.
§         Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program kebersihan.
§         Menyedia dan membuat laporan berkala.

Bidang Keselamatan
§         Bertanggungjawab merancang pelan tindakan pengurusan keselamatan sekolah.
§         Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan murid dan sekolah.
§         Mewujudkan pasukan bertindak menghadapi sebarang krisis.
§         Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan keselamatan sekolah dipatuhi oleh syarikat kawalan keselamatan sekolah.
§         Menentukan semua polisi, manual dan tatacara keselamatan mengikut piawaian yang ditentukan oleh badan-badan profesional yang berkaitan dengan keselamatan.


JAWATANKUASA KECERIAAN DAN KEBERSIHAN

Pengerusi        : EN. ABD RAUB B. NORDIN             - G. BESAR
N. Pengerusi   : EN. ZULKEFLEY B. BAHARUDIN    - PK HEM
Setiausaha      : EN. SAHRIZAM B. MAINUDIN
AJK                  : PN. NORSILA BT. HJ.MD YASIN
                        : TN. HJ.MOHD SULAN B. AZIZ
                        : Guru Kelas
                        : Pekerja


Tugas dan Tanggungjawab:
§         Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.
§         Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan
§         keceriaan sekolah dari semasa ke semasa.
§         Menyediakan pelan induk lanskap sekolah.
§         Merancang dan menaja pelbagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah :-
o        Kempen kebersihan
o        Pertandingan Kebersihan kelas
o        Ceramah kebersihan
o        Pertandingan poster kebersihan
o        Pertandingan mengarang essei kebersihan
o        Menanam pokok / bunga di kawasan sekolah
o        Lawatan ke sekolah lain
o        Budaya pagi seperti mengutip sampah
o        Laporan dan program Aedes
§         Mengadakan projek bersama di antara pihak sekolah dengan agensi luar bagi meningkatkan mutu kebersihan sekolah.
§         Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan keceriaan dan menyelia kerja-kerja kebersihan.
§         Menyusun pelan tindakan kebersihan, jadual tugas jawatankuasa dan melaporkan dari semasa ke semasa.
§         Menyediakan pelan dan perancangan jangka pendek dan jangka panjang.
§         Menyediakan dan mendapatkan keperluan-keperluan bahan dan tenaga mahir.
§         Menyediakan anggaran perbelanjaan.
§         Menyelaraskan kerja mengikut keutamaan.
§         Mengawas projek serta membuat laporan kepada Guru Besar.
§         Mengawal kebersihan kawasan sekolah / tandas / bilik darjah / kantin dan lain-lain.
§         Mengadakan sistem pembuangan sampah yang baik.


  JAWATANKUASA KESELAMATAN


Pengerusi        : EN. ABD RAUB B. NORDIN             - G. BESAR
N. Pengerusi   : EN. ZULKEFLEY B. BAHARUDIN    - PK HEM
                        : PN. NORSILA BT. HJ.MD YASIN
Setiausaha      : EN. MOHD NASIR B. HASSIM
AJK                  : TN. HJ.MOHD SULAN B. AZIZ
EN. NORMAN B. HASSIM
                        : Pengawal Keselamatan
                        : JKKK 
                        : Wakil PIBG
                        : Wakil Polis / Bomba


Tugas dan Tanggungjawab:
§         Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.
§         Membaca, memahami dan melaksana semua arahan yang dihantar oleh Kementerian, Jabatan dan PPD.
§         Merancang Program keselamatan sekolah seperti :-
§         Mewujudkan kerjasama antara pihak sekolah dengan Polis / Polis Trafik / Bomba / JKR dan JKR elektrik.
§         Menggalakkan skim perlindungan diri kepada pelajar / insurans.
§         Mempastikan semua sistem dan alat melawan kebakaran mencukupi dan berfungsi.
§         Mempastikan sistem lalulintas di kawasan sekolah dan persekitaran selamat.
§         Menetapkan pergerakan lalulintas dan tempat letak kereta pada masa majlis rasmi sekolah.
§         Menyediakan papan makluman untuk memberitahu pelawat supaya mendapat kebenaran Guru Besar sebelum berurusan di sekolah.
§         Mencadangkan lantikan pengawal lalulintas sekolah kepada Guru Besar.
§         Mendapatkan kerjasama pihak polis untuk mengawal keselamatan lalulintas.
§         Merancang dan melaksanakan program keselamatan.
§         Mengadakan latihan mengosongkan bangunan 2 kali setahun.
§         Mempastikan peraturan keselamatan bilik-bilik khas ditampal di bilik darjah dan di dalam buku latihan pelajar.
§         Meletakkan tanda amaran ‘BAHAYA’ di tempat-tempat yang merbahaya.
§         Merancang pergerakan lalulintas dan tempat kenderaan pada masa majlis rasmi sekolah.
§         Menetapkan laluan tertentu untuk pelajar bagi mengelakkan kesesakan.

  

  JAWATANKUASA KANTIN

Pengerusi        : EN. ABD RAUB B. NORDIN             - G. BESAR
N. Pengerusi   : EN. ZULKEFLEY B. BAHARUDIN    - PK HEM
Setiausaha      : PN. ZURINA BT. MAXTAR
AJK                  : PN. NORSILAH BT. JAMIN
                        : ( Guru Kelas Pra / Pendaftaran)
: Wakil PIBG
                        : Wakil Murid
: ( Ketua kelas Tahun 1 – 6


Tugas dan Tanggungjawab:
§         Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.
§         Mempastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian Pelajaran / Kesihatan.
§         Mempastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian.
§         Mempastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutuan mengikut syarat-syarat perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan.
§         Mempastikan tidak ada makanan yang bahannya tidak halal seperti minyak babi (lard), makanan yang menggunakan lemak binatang campuran dalam mee dan sebagainya.
§         Mempastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.
§         Mempastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria.
§         Mempastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah.
§         Mempastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi
§         Mempastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai apron, tutup kepada yang bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan.
§         Mempastikan semua makanan ditutup denga tudung saji / kain maslin / disimpan dalam bekas yang bertutup.
§         Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan.
§         Mempastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
§         Mempastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai.
§         Membuat laporan mingguan di dalam buku / borang laporan kantin.
§         Menyampaikan Laporan Bulanan kepada Guru Besar / Penolong Kanan HEM tentang prestasi kantin. ( Laporan Kendiri 1A/1B/2)
§         Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin 3 kali setahun dan perbincangan semasa ke semasa.
§         Mempastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.
§         Mengemaskini rekod, fail, surat-menyurat serta maklumat berkaitan




  JAWATANKUASA PINJAMAN BUKU TEKS / SPBT


Pengerusi        : EN. ABD RAUB B. NORDIN             - G. BESAR
N. Pengerusi   : EN. ZULKEFLEY B. BAHARUDIN    - PK HEM
Setiausaha      : CIK MASLINDA BT. BAHARUDIN
AJK                  : Guru  Kelas Tahun 1 - Tahun 6


Tugas dan Tanggungjawab:

§         Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks :
§         Mesyuarat diadakan tiga kali iaitu di awal. pertengahan dan akhir tahun.
§         Pembahagian tugas .
§         Taklimat untuk guru kelas.
§         Pembahagian tugas pentadbiran :
§         Buku Stok (ikut tahun)
§         Pengedaran / pengumpulan
§         Buku rosak / hilang
§         Menubuhkan ‘Pasukan Petugas’ SPBT (murid).
§         Borang permohonan SPBT diedarkan borang kepada setiap murid.
§         Borang yang lengkap dikumpul oleh guru kelas dan diberi kepada guru SPBT.
§         Mesyuarat Jawatankuasa SPBT bagi menentukan murid yang layak mendapat bantuan bagi tahun semasa.
§         Mengedarkan senarai nama murid yang layak dan gagal kepada guru kelas.

§         Membuat pesanan buku :
o        Membuat pesanan pada pertengahan tahun ke Biro Buku Teks.
o        Mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun (jika perlu).
o        Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya.
o        Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual.

§         Pengedaran :
o        Mengedarkan mengikut tahun.
o        Menentukan tarikh pengedaran.
o        Mengesan kelancaran pengedaran
o        Mendapatkan borang dari murid yang baru masuk / bertukar sekolah.
o        Mengedarkan buku kepada murid yang baru masuk.
o        Mampastikan borang SPBT telah dihantar ke sekolah murid yang bertukar.
o        Mempastikan guru kelas telah mengagihkan buku pinjaman kepada semua   murid yang layak.
o        Memastikan semua guru kelas telah melengkapkan borang pinjaman SPBT  borang G mengikut jadual.

§         Pengurusan Rekod dan Dokumen :
o        Menyelenggarakan fail yang kemaskini mengikut jenis.
o        Rekod buku stok yang kemaskini (ikut tahun).
o        Senarai tugas guru – pengedaran / pengumpulan.
o        Menyimpan rekod, hapuskira, rosak dan hilang.

§         Pengurusan Keselamatan Buku
o        Memastikan ada Bilik SPBT
o        Mengurus bilik SPBT.
o        Membuat peraturan penggunaan bilik SPBT.
o        Peraturan mengedarkan ke sekolah lain.
o        Mempastikan murid membalut buku SPBT dengan pembalut plastik.
o        Pengurusan pemulangan Buku Teks.
o        Menentukan tarikh pemulangan mengikut tahun.
o        Menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh / tahun.
o        Melapor kepada Guru Besar / PK HEM tentang proses pemulangan.
§         Peratus rosak / hilang.
§         Guru bertugas.
§         Hapus kira.
§         Kekurangan / lebihan.

§         Pengurusan Stok dan Inventori
o        Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan Jabatan Pelajaran.
o        Menyimpan invois, bil dan pengesahannya.
o        · Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur   dan selamat.
o        Mengemaskini inventori SPBT.
o        Mengisi borang maklumat kekurangan / lebihan buku ke PPD.

§         Cadangan Buku Bacaan Tambahan
o        Mendapatkan maklumat dari Ketua Panitia / Guru Kanan Mata Pelajaran.
o        Merekodkan dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan.
o        Mamaklumkan kepada Guru Besar / PK HEM.

§         Menyediakan senarai buku teks bagi setiap kelas untuk diedarkan kepada murid yang tidak mendapat pinjaman buku teks (jika berlebihan).
§         Mengadakan buku stok SPBT dan mengemaskinikannya.
§         Menerima dengan teliti buku-buku SPBT dari pembekal.
§         Memproses borang SPBT.
§         Agihkan buku SPBT serta mempastikan ianya disampul dengan baik dan kemas.
§         Mempastikan keselamatan buku-buku SPBT.
§         Merancang proses menghapuskira buku SPBT.
§         Merekod pengeluaran buku-buku yang dihapuskira di dalam buku stok
§         Menjawab segala surat-surat yang berkaitan dengan SPBT.



  JAWATANKUASA BANTUAN DAN KEBAJIKAN

Pengerusi        : EN. ABD RAUB B. NORDIN             - G. BESAR
N. Pengerusi   : EN. ZULKEFLEY B. BAHARUDIN    - PK HEM
Setiausaha      : PN. HJH SITI  BT. BULAT
AJK                  : PN. NORSILAH BT. JAMIN
  CIK MASLINDA BT. BAHARUDIN
: Guru Kelas Tahun 1 -  Tahun 6
: AJK PIBG

Tugas dan Tanggungjawab:

§         Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.

BANTUAN
§         Mengenalpasti dan memilih murid yg layak menerima bantuan KWAPM mengikut syarat yang ditetapkan.
§         Mengedarkan borang kepada murid dan menghantar senarai nama kepada PPD/JPN
§         Memastikan bantuan KWAPM dibankkan dan diagihkan dengan segera
§         Memastikan semua penerima KWAPM mempunyai akaun simpanan di BSN
§         Edar borang penerimaan KWAPM kepada ibu bapa/penjaga
§         Memastikan murid yang telah menerima bantuan KWAPM menggunakan wang tersebut untuk tujuan pembelajaran (yuran,alatan sekolah,uniform sekolah dll )

KEBAJIKAN
§         Menguruskan hal ehwal kebajikan murid yang memerlukan bantuan khusus seperti   :-
·          Murid miskin
·          Kemalangan
·          Rawatan berterusan (penyakit kronik)
·          Kematian
·          Kecemasan / bencana
§         Mendapatkan senarai nama murid yang layak mendapat bantuan berdasarkan keutamaan dan keperluan.
§         Merancang program untuk mengutip sebarang sumbangan di samping meningkatkan keprihatinan murid terhadap kebajikan.
§         Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemaskini dan disahkan oleh Guru Besar.
§         Menubuhkan Tabung Kebajikan Murid.
§         Bertanggungjawab kepada Guru Besar.
§         Mengurus dan mempromosikan kebaikan menyimpan agar murid-murid lebih berminat untuk menabung.
§         Mempastikan murid-murid mendapat kemudahan yang sewajarnya semasa dan selepas menguruskannya.
§         Menguruskan simpanan murid dengan pihak berkenaan berjalan dengan licin dan sempurna.
§         Menghubungi Guru Besar/PK HEM jika terdapat sebarang kerumitan.



  J/KUASA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) / PROJEK SUSU (PSS)


Pengerusi        : EN. ABD RAUB B. NORDIN             - G. BESAR
N. Pengerusi   : EN. ZULKEFLEY B. BAHARUDIN    - PK HEM
Setiausaha      : PN. NORSILAH BT. JAMIN
AJK                  : EN. ZULKAPLI B. ABU NAJAR
: GURU PEND.JASMANI
                        : PN. ZAKYRAH BT. ZULKEPLY
: EN. MOHD FAIZAL B. ABU BAKAR
:(PEMBANTU TADBIR-  KEWANGAN)
 :Guru bertugas harian

Tugas dan Tanggungjawab:
§         Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya3x setahun
§         Mengenalpasti murid layak terima RMT dan menyenaraikan nama murid mengikut nombor.
§         Berbincang dan memilih menu yang sesuai
§         Menyediakan rekod tugasan guru dan rekod kehadiran murid
§         Mengemaskini rekod,fail, surat-menyurat serta maklumat berkaitan
§         Memantau perlaksanaan semasa pembahagian makanan dari segi kualiti dan kuantiti
§         Melengkapkan dan menceriakan papan kenyataan di sudut RMT dengan maklumat-maklumat berkaitan
§         Memberi taklimat dan peringatan kepada murid RMT dari semasa ke semasa
§         Menerima stok susu,memastikan susu diterima dalam keadaan baik,disimpan ditempat sesuai dan mengemaskini rekod penerimaan
§         Membahagikan susu/pil vitamin kepada murid mengikut masa yang ditetapkan
  

JAWATANKUASA KESIHATAN


Pengerusi        : EN. ABD RAUB B. NORDIN             - G. BESAR
N. Pengerusi   : EN. ZULKEFLEY B. BAHARUDIN    - PK HEM
Setiausaha      : PN. SAONAH BT. MOHD YUNOS
AJK                  : Semua Guru PJK
                        PN. ZAKYRAH BT. ZULKEPLY


Tugas dan Tanggungjawab:
§         Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan lengkap.
§         Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan.
§         Mengumpul dan mengurus kad kesihatan dengan kerjasama guru tingkatan.
§         Bertanggungjawab mengurus pemeriksaan kesihatan / gigi oleh Jabatan Kesihatan.
§         Menyediakan jadual tugas bilik rawatan.
§         Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah, pameran, derma darah dan lain-lain yang sesuai.
§         Mengurus murid-murid yang memerlukan rawatan di hospital.
§         Menyediakan laporan bulanan dan tahunan analisis kesihatan murid.
§         Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.



JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Pengerusi        : EN. ABD RAUB B. NORDIN            - G. BESAR
N. Pengerusi   : EN. ZULKEFLEY B. BAHARUDIN    - PK HEM
Setiausaha      : PN. ZAKYRAH BT. ZULKEPLY
                        PN. ROZYLA BT NORDIN
: Guru Kelas Tahun 1 -6

Tugas dan Tanggungjawab:

§         Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3x setahun
§         Khidmat Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) meliputi semua aspek bimbingan dan kaunseling iaitu :
o        Bimbingan Pelajar
o        Bimbingan Kerjaya
o        Bimbingan Sosial
o        Bimbingan Sahsiah
o        Bimbingan Psikologi
o        Bimbingan Pencegahan Dadah / AIDS
§         Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah.
§         Menganjur dan mengendalikan program orientasi ,bimbingan,kem motivasi,kem kepimpinan pengawas  dan kemahiran belajar.
§         Mengelola dan mengurus bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) secara berkesan.
§         Menyediakan dan memaklumkan jadual tugas, temujanji dan aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK).
§         Menyelaras hubungan dengan Jabatan / agensi luar untuk mendapat khidmat nasihat
§         Menjalankan soal –selidik untuk mendapat maklum balas mengenai budaya sekolah (sampling).
§         Menjalankan ujian khas untuk mengesan potensi, minat dan sahsiah pelajar.
§         Mengadakan program khas bagi kumpulan pelajar yang bermasalah (risiko tinggi).
§         Bekerjasama dengan guru disiplin menangani masalah diiplin murid.
§         Merekod semua maklumat dan mengemaskini fail & surat-menyurat
§         Sentiasa membantu murid yang memerlukan bimbingan
§         Memberi kaunseling kepada murid-murid yang dikenalpasti mempunyai masalah disiplin.
§         Menjadi kaunselor dalam pengurusan program dan aktiviti
§         Membuat dokumentasi bergambar dan bertulis bagi aktiviti yang melibatkan bimbingan dan kaunseling
§         Memberi bimbingan / panduan kepada murid untuk kemasukan ke sekolah menengah dan menguruskan borang-borang yang berkaitan
§         Merancang dan mengadakan program khas pencegahan dadah / AIDS selaras dengan perncangan PPD/JPNS

  

JAWATANKUASA RIMUP DAN PENDAFTARAN

Pengerusi                    : EN. ABD RAUB B. NORDIN            - G. BESAR
Timb. Pengerusi         : EN. ZULKEFLEY B. BAHARUDIN    - PK HEM
Naib. Pengerusi 1       : PN. NORSILA BT. HJ.MD YASIN      - PK Kurikulum
Naib. Pengerusi 2       : TN. HJ.MOHD SULAN B. AZIZ          - PK KoKu
Setiausaha                  : PN. ROZYLA BT NORDIN
AJK                              : Semua Guru Kelas
 ( Kelas Pra – Tahun 6)

Tugas dan Tanggungjawab:
§         Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2x setahun
PENDAFTARAN
§         Menerima kemasukan murid baru dan merekodkan dalam buku pendaftaran
§         Menyemak dan mencatat maklumat murid baru,melapor pada guru kelas dan menguruskan perkara-perkara yang perlu
§         Pertukaran murid – menguruskan borang pertukaran murid bersama fail murid yang mengandungi dokumen-dokumen berkaitan (buku Adab Belajar,rekod kesihatan,Borang Maklumat Murid/disket data SMM) 

RIMUP(Program Intergrasi Untuk Perpaduan)
§         Merancang perlaksanaan program RIMUP sepanjang tahun (sekurang-kurangnya 2 aktiviti ) dan membuat laporan aktiviti sebanyak dua kali iaitu pada setengah tahun dan akhir tahun.
§         Melaksanakan objektif RIMUP diantaranya:
o        Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari  peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.
o        Mengwujudkan sikap kerjasama, tolong menolong dan mengwujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.
o        Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.
o        Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.
§         Membuat dokumentasi bagi setiap aktiviti RIMUP
§         Membuat tuntutan perbelanjaan dengan pembantu tadbir
§         Mengemaskini rekod,sistem fail,surat-menyurat dan maklumat-maklumat berkaitan



JAWATANKUASA BINA INSAN

Pengerusi                    : EN. ABD RAUB B. NORDIN            - G. BESAR
N. Pengerusi 1            : EN. ZULKEFLEY B. BAHARUDIN    - PK HEM
N.Pengerusi 2             : PN. NORSILA BT. HJ.MD YASIN      - PK TK
Setiausaha                  : EN. ZULKAPLI B. ABU NAJAR
AJK                              : Semua Guru Pendidikan Islam Dan j QAF
                                    : PN. ZAKYRAH BT. ZULKEPLY
: EN. NORMAN B. HASSIM
                                    : Semua Ketua Unit HEM

Tugas dan Tanggungjawab:
§         Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3x setahun
§         Merancang program Bina Insan untuk semua warga sekolah.
§         Melaksana program Nadwah Islamiah.
§         Mengadakan sambutan Hari Kebesaran Islam.
§         Mengadakan Program Penghayatan Sepanjang Bulan Ramadhan.
§         Merancang dan menyelenggara surau sekolah.
§         Menyediakan jadual waktu beribadah secara berjemaah di surau.
§         Menyelaras program Nadwah Islamiah yang dianjurkan oleh agensi luar.
§         Merancang dan menyelia perjalanan Kelas KAFA.


JAWATANKUASA SISTEM MAKLUMAT MURID (SMM)

Pengerusi                    : EN. ABD RAUB B. NORDIN                  - G. BESAR
Naib Pengerusi           : EN. ZULKEFLEY B. BAHARUDIN          - PK HEM
Setiausaha                  : EN. MOHD FAIZAL B. ABU BAKAR
Ahli Jawatankuasa      : PN. ZAKYRAH BT. ZULKEPLY
: Guru Kelas & Guru Pra sekolah

Tugas dan Tanggungjawab:
§         Mengadakan mesyuarat jawatankuasa SMM peringkat sekolah.
§         Menyedia dan mengedarkan Borang SMM kepada semua murid. (Pra Sekolah & Tahun 1-6 ).
§         Memastikan maklumat murid dikemaskinikan setiap bulan.  ( Januari- Disember).
§         Memastikan maklumat murid yang telah dikemaskini setiap bulan dihantar ke Unit Data, Pejabat Pelajaran  Daerah, Kuala Pilah apabila diminta.


JAWATANKUASA BANTUAN MURID SEKOLAH(JKBMS)

Pengerusi                    : EN. ABD RAUB B. NORDIN                   - G. BESAR
Naib Pengerusi I          : PN. NORSILA BT. HJ.MD YASIN            - PK TK
Naib Pengerusi II         : EN. MOHD SULAN B. AZIZ                     - PK KK
Setiausaha                  : EN. ZULKEFLEY B. HJ. BAHARUDIN     - PK HEM
AJK                             
1.   PN. HJH SITI  BT. BULAT                         - Guru
2.   PN. ZAKYRAH BT. ZULKEPLY                 - Guru
3.   Wakil PIBG SKTalang.                              - Ahli
4.   EN. SHARIF B. LEBAI YAHYA                  - Ketua Kg. Bkt. Lintang.
5.   EN. ARIF B. OTOK                                   - Ketua Kg. Talang Tengah.
6.   EN. ABU B. AMAN                                     - Ketua Kg. Langkap.
7.   EN. MAJID                                                 - Ketua Kg. Kok.

 SENARAI TUGAS SETIAUSAHA – SETIAUSAHA J/KUASA

·         Sebagai Ketua/Penyelaras AJK.
·         Membantu dalam pengelolaan dan pentadbiran.
·         Merancang bersama AJK segala aktiviti untuk sepanjang tahun
·     Menyediakan laporan, taklimat dan memaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan mengenai J/kuasa atau perkhidmatan.
·       Menguruskan mesyuarat-mesyuarat J/Kuasa dan minit-minit mesyuarat
·         Menyediakan perancangan dan mengemukakannya kepada J/Kuasa.
·         Merangka dan menghasilkan Program Lima Tahun bersama AJK.
·      Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/PK HEM
·         Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail berkaitan.
·        Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dan dilaksanakan mengikut perancangan  

No comments:

Post a Comment