Persaraan Tuan Abd Raub b. Nordin

Persaraan Tuan Abd Raub b. Nordin

Tuesday, February 14, 2012

TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS

1.  Guru bertugas harian hendaklah datang ke sekolah lebih awal, sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu guru lain dan pulang lebih lewat,sekurang-kurangnya 15 minit setelah guru lain balik.

2.  Mengawasi murid agar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru.

3.  Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah, mengawal keselamatan murid semasa pergi dan balik sekolah (lalu lintas) dan mengawas harta benda sekolah.

4.  Mengawasi disiplin dan sopan santun murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan dan mengambil tindakan segera dan munasabah, jika perlu.

5.  Memastikan murid sentiasa dalam keadaan berdisiplin dan senyap sewaktu meninggalkan bilik darjah / sekolah selepas sesi persekolahan tamat.

6.  Memastikan bilik-bilik darjah, tandas, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah sentiasa dalam keadaan bersih.

7.  Memastikan bilik-bilik darjah dalam keadaan bersih, lantai disapu, sampah sarap dibuang, lampu dan kipas dipadamkan selepas setiap sesi persekolahan. Tingkap dan pintu ditutup setelah tamat persekolahan. Tindakan segera perlu diambil terhadap kelas-kelas yang tidak mematuhi peraturan.

8.  Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/ ke rumah.

9.  Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid tersebut.

10.  Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.

11.  Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.

12.  Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.

13.  Membuat catatan harian dan mingguan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku di dalam Buku Laporan Bertugas. Perkara-perkara tersebut adalah seperti:-
13.1  Keadaan dan kebersihan bilik darjah.
13.2  Kebersihan kantin, tandas murid, tandas guru, kawasan sekitar sekolah dan tempat pembiakan nyamuk.
13.3  Nama murid sakit.
13.4  Kehadiran pelawat.
13.5  Ucapan / pengumuman dalam perhimpunan.
13.6  Hal-hal lain.

14.  Membuat laporan
14.1  Guru Bertugas – setiap hari
14.2  Kendiri Kantin Sekolah – setiap hari
14.3  Program Cuma Lima Minit Anti Dadah – seminggu sekali (Isnin)
14.4  Senarai Semak Pencegahan Denggi (SSPD) – seminggu sekali (Selasa)
14.5  Pemantauan Infrastruktur Sekolah – seminggu sekali (Rabu)
**Guru perlu mengambil tindakan segera dan jika perlu boleh melaporkan terus kepada Guru Besar.

15.  Perhimpunan
15.1  Memastikan semua guru dan murid menghadiri perhimpunan.
15.2  Memastikan bendera-bendera dan tempat duduk guru disediakan.
15.3  Memastikan P.A. Sistem berfungsi dengan baik.
15.4  Memastikan pengawas bertugas dan pembaca doa bersedia.
15.5  Memastikan murid beratur dan senyap.
15.6  Perhimpunan Rasmi/ Hari Isnin
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Nyanyian Lagu N. Sembilan
- Nyanyian Lagu Sekolah
- Bacaan Ikrar
- Doa
- Bacaan Misi
- Bacaan Visi
- Pengenalan Guru Bertugas Minggu
- Laporan Guru Bertugas Minggu sebelumnya
- Program Cuma Lima Minit Anti Dadah
- Pengucapan Awam
- Program Lima Minit Cegah Jenayah
- Peristiwa Semasa  
- Pengumuman
- Ucapan Guru Besar / Penolong Kanan.
**Perhimpunan pada minggu ketiga adalah dikendalikan oleh unit Kokurikulum (tiada pengucapan awam)
**Program penerapan nilai murni (bulanan)

15.7  Perhimpunan Tidak Rasmi
- Doa
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Pengumuman boleh dibuat jika mendapat kebenaran secara bertulis daripada Guru Besar.
**Peringatan atau teguran mengenai disiplin murid boleh dibuat pada bila-bila masa mengikut keperluan.

15.8  Memastikan murid bergerak ke bilik darjah dalam keadaan teratur dan senyap selepas setiap kali perhimpunan (Salah seorang guru bertugas perlu berada di tingkat atas untuk mengawal murid).
15.9  Semua guru matapelajaran waktu pertama hendaklah berada di kelas masing-masing pada pukul 7.35 pagi dan pengajaran dan pembelajaran bermula pada pukul 7.45 pagi .

No comments:

Post a Comment