Persaraan Tuan Abd Raub b. Nordin

Persaraan Tuan Abd Raub b. Nordin

Sunday, March 7, 2010

SELAMAT BERSARA USTAZAH HAJJAH HABSAH

Majlis Persaraan Ustazah Hajjah Habsah binti Hj. Muhiddin telah diadakan pada hari Khamis, 04 Mac 2010 lalu bermula jam 11.00 pagi. Acara ini sungguh meriah sekali kerana semua warga SK Talang terlibat dan berkumpul di dewan. PIBG yang diwakili oleh YDPnya En. Mustafa Bakri turut hadir. Pelbagai acara diadakan sehingga ke kemuncaknya diarak dengan bunga manggar dan kompang sehingga ke pintu pagar sekolah. Sambil berarak Ustazah Habsah bersalaman dengan murid-murid dan menghulurkan sumbangan duit serta bungkusan jajan kepada mereka dan diakhiri bersalaman dengan guru-guru wanita, kakitangan sekolah dan beberapa kaum ibu yang turut menunggu di pintu masuk sekolah. Suasana amat meriah namun kesedihan masih terpancar di wajah-wajah mereka sehinggakan ada yang tak dapat menahan mengalirkan air mata. Sesungguhnya pengorbanan mu tiada nilainya, hanya doa dan ucapan terima kasih yang dapat kami ungkapkan di atas sumbanganmu selama di SK Talang. Selamat Bersara dan kenang kami dalam doamu.

Monday, March 1, 2010

Hari Keluarga SK Talang

Pada 27 dan 28 Februari lalu, kami telah mengadakan Hari Keluarga SK Talang di Institut Latihan FAMA Port Dickson. Hampir semua warga SK Talang dapat hadir dan pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan suasana antaranya sukanika dari peringkat anak kecil setahun hingga ke ibubapa, jamuan makan malam, tayangan gambar, mandi manda di kolam renang dan permainan bola air. Perjumpaan dan aktiviti ini amat baik bagi mengeratkan silatulrahim antara keluarga. Semuanya nampak gembira dan terhibur walaupun keletihan. Syabas diucapkan kepada Badan Kebajikan Guru dan Pekerja SK Talang. Semoga Hari Keluarga ini akan berterusan di tahun-tahun mendatang.
Juga meraikan Ustazah Hjh Habsah bt. Hj. Muhiddin yang akan bersara pada 5 Mac 2010. SELAMAT BERSARA KENANGAN BERSAMA SENTIASA DALAM INGATAN KAMI.