Persaraan Tuan Abd Raub b. Nordin

Persaraan Tuan Abd Raub b. Nordin

GALERI

PENGENALAN
  • Sekolah Kebangsaan Talang telah diasaskan dalam tahun 1908 . 
  • Sekolah ini telah dibuka pada 10 Oktober 1910. 
  • Pada awal pembukaannya sekolah ini telah menerima murid seramai 60 orang . 
  • Hari ini sekolah ini mempunyai murid seramai 136 orang murid yang terdiri daripada 85 murid Melayu dan 51 murid Asli. 
  • Sekolah ini juga mempunyai seramai 12 orang pelajar Pra-sekolah . 
  • Keluasan sekolah ini adalah lebih kurang 6 ekar.
  • Pada asalnya hanya mempunyai satu blok bangunan, tapi kini 8 blok, iaitu satu blok setingkat untuk pentadbiran, bilik guru dan kelas pra sekolah; satu blok setingkat untuk kelas tahun 1, 2 dan bilik akses; satu bangunan makmal komputer; satu bangunan pusat sumber; satu bangunan bilik pemulihan; satu bangunan surau; satu blok 2 tingkat untuk kantin, bilik j-QAF, bilik stor sukan, bilik kesihatan, bilik bimbingan & kaunseling, bilik mesyuarat dan bilik stor fail; satu blok 3 tingkat untuk makmal sains, bengkel kemahiran hidup, bilik akses, bilik keselamatan, bilik SPBT, kelas tahun 3, 4, 5 dan 6; serta bilik-bilik khas seperti muzik, ko-kurikulum, SAL, matematik dan seni.

LENCANA SEKOLAH
1. Lencana sekolah berukuran 32 mm x 38 mm.
2. Perlambangan warna lencana adalah
    berdasarkan warna Bendera Negeri Sembilan.
Merah bermakna Rakyat,
Kuning bermakna DYMM Raja.
Hitam bermakna Perlembagaan.

3. Cogan Kata Berusaha, Berjaya, Berbakti
    memberi makna matlamat untuk melahirkan
    individu yang gigih berusaha seterusnya
    berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara.

4. Maksud Gambar pada permukaan lencana:-
Dacing - Keseimbangan Rohani dan Jasmani.
Obor    - Lambang Kegigihan.
Buku    - Gedung Ilmu.
Gelung - Semangat Kesukanan.

BENDERA SEKOLAH

Bendera sekolah adalah berwarna hijau tua dan lencana terletak di tengah-tengah bendera berbentuk empat segi tepat berukuran 170cm x 80cm.

Warna hijau tua pada latar belakang bendera adalah bermaksud gabungan tenaga guru, murid dan kakitangan sekolah yang berdedikasi dan senantiasa berusaha gigih untuk membawa kecemerlangan kepada pendidikan murid sekolah ini.



SEJARAH PERKHIDMATAN GURU BESAR DI SK TALANG
Bil Nama Tempoh
1 Tn. Hj. Matsil b. Pais 1910 - 1927
2 En. Abu Bakar b. Salleh 1927 - 1932
3 Tn. Hj. Taha b. Ujang 1932 - 1937
4 Tn. Hj. A. Wahab b. Ali 1937 - 1948
5 En. Jaafar b. Mahmud 1948 - 1951
6 Tn. Hj. Hassan b. Samad 1951 - 1955
7 En. Ahmad b. Yusuf 1955 - 1958
8 En. Salleh b. Hj. Ismail 1958 - 1960
9 En. Alias b. Bador 1960 - 1961
10 Tn. Hj. Alias b. Siban 1961 - 1964
11 En. Yusuf b. Yahya 12.01.64 - 02.01.67
12 Tn. Hj. Mahmud b. Yub 03.01.67 - 14.03.72
13 Tn. Hj. Baharin b. Sisa 15.03.72.- 15.01.85
14 Tn. Hj. Daud b. Sehat 16.01.85 - 16.02.96
15 Hjh. Zaiton bt. Omar 01.10.96 - 15.01.99
16 Hjh. Maimunah bt. Mahmud 16.01.99 - 29.01.99
17 En. Abd. Aziz b. Mohd Ali 30.01.99 - 19.03.01
18 En. Mohd Khalil b. Lebai Mat 01.04.01 - 01.05.03
19 Pn. Ruslah bt. Mohd Yusof 02.05.03 - 06.09.11
20 En. Abd Raub b. Nordin 07.10.11 - 11.04.2012